
Pada hari rabu yang lepas,tanggal 5hb Mei 2010 ana bersama dengan beberapa orang sahabat ana telah mengadakan satu kem solat di SMK Taman Keramat.Program ini dibawah anjuran Kelab Remaja Isma atau lebih dikenali dengan nama KRIM.Lebih kurang 200 orang pelajar tingkatan satu yang telah terlibat didalam program ini.
Program ini sepatutnya di ’hendle’ oleh ikhwah lain,tetapi disebabkan oleh beberapa masaalah akhirnya terpaksa dicarikan pengganti.Jadi,dua hari sebelum kem ini dilaksanakan,sahabat ana menelefon ana supaya membantu didalam progaram ini sebagai feci.
Jadi kebetulan waktu yang agak ‘free’,ana pun setujulah.Walaupun waktu untuk membuat persediaan agak singkat,tetapi terpaksalah kami memerah isea unk melaksanakan kem ini dengan sebaik yang mungkin.
Antara objektif utama kami mengadak kem ini adalah:
Mengetahui cara wuduk dan solat yang sempurna
Menambah keazaman untuk konsisten dalam solat
Mengetahui kelebihan solat dan kaitannya dengan pelajaran
Perjalanan program pada awalnya agak kelam-kabut kerana ada feci yang datang lewat sedikit dan juga beberapa masaalah yang lain,jadi program pertama iaitu permainan kuiz terpaksa dibatalkan.Agak sedih la….sebab penat fikir soalan2 untuk kuiz kan.
Nak tak nak kami terusakanlah dengan acara seterusnya iaitu sesi bertaaruf dan membahagi-bahagi kumpulan.Memang mencabar sebenarnya,bayangkanlah terpaksa ‘hendle’ adik2 form1 yang perangainya macam budak sekolah rendah.Agak2 lebih kurang 45 minit selesai sudah sesi tersebut.Kemudian,pelajar dibenarkan rehat selama 20 minit dan pergi solat zohor.
Sesi seterusnya disambung dengan sesi ceramah yang bertajuk”Solat Smart Pelajar Hebat” yang disampaikan oleh Alfadhil ustaz Allaudin daripada Gombak.Ceramah yang menarik membuatkan keadaan pelajar semua senyap dan Alhamdulillah semuanya memberi perhatian.
Seusai ceramah,kesemua feci membawa pelajar semua pelajar untuk solat berjemaah di masjid seterusnya melaksanakan aktiviti yang berikutnya iaitu praktikat solat dan wuduk.
Habis saja solat terus praktikal dilaksanakan.Alhamdulillah kumpulan ana memberikan respon yang memberangsangkan.Mulanya tak tau nak mula dekat mana,tapi memang kena kreatif dan cepat berfikir untuk menarik minat adik2 ni.Sampai habis suara jerit2 nak bagi semua dengar.Tapi tak pe lah,yang penting hasilnya berbaloi.
Dalam praktikal yang dijalankan ini kesemua feci memberikan penekanan yang lebih mendalam didalam cara2 mengambil wuduk yang sebenar dan juga cara2 solat yang sebenar.Mengikut pemerhatian yang dijalankan,kebanyakan pelajar sudah tahu untuk mengambil wuduk dan solat,cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.Contohnya seperti duduk tahiyat,wuduk yang sempurna dan lain2.
Program kami berakhir lebih kurang pukul 6.30 petang.Sebelum berakhir para feci diberi cenderamata pleh penyelia petang SMK Taman Keramat.Diucapkan Terima Kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput KRIM untuk mengadakan program disekolah mereka.
Kem Solat KRIM
Kelebihan solat Subuh dan Isyak
Just a short post....
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sekiranya manusia mengetahui tentang pahala yang terdapat pada azan dan saf pertama dalam sembahyang, kemudian untuk mendapatkannya mereka perlu membuat pengundian, sudah tentu mereka akan membuat pengundian.
Sekiranya mereka mengetahui tentang pahala bersegera dalam mendirikan sembahyang, nescaya mereka akan berlumba-lumba mengerjakannya.
Dan sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan sembahyang Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan menunaikan kedua-duanya (secara berjemaah), walaupun mereka terpaksa datang secara merangkak.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Kesimpulan hadis:
1. Dorongan supaya memperdengarkan azan kerana ia merupakan salah satu syiar dan ajaran Islam serta muazin akan mendapat pahala yang sangat besar.
2. Dorongan supaya berada di saf pertama dalam sembahyang kerana orang yang berada di saf pertama adalah orang-orang yang telah datang pada awal waktu sembahyang.
3. Kelebihan sembahyang berjemaah dan kelebihan pergi ke masjid lebih awal.
4. Dorongan supaya mendirikan sembahyang Isyak dan Subuh secara berjemaah di masjid kerana kedua-dua sembahyang ini merupakan sembahyang yang paling susah untuk didirikan oleh orang munafik.






